Monday, March 16, 2009


Assalamualaikum wrh..
Artikel ini....
Ana simpan di pondok ilmu ana yang lama..Barangkali, ada yang pernah menjenguk pondok ilmu ana yang dulu, pernah membacanya..tidak mengapa..elok diulang-ulang baca. Agar kekuatan hamassah perjuangan itu tetap mengalir dalam diri dan kehidupan kita insya-Allah. di pagi yang indah ini, ana merasa jiwa ana subur kembali....


Mereka berjuang, berkorban dan terkorban di jalan Allah..roh2 mereka berterbangan bebas di syurga
...artikel ini amat menguatkan jiwa. Pernah suatu ketika, syaheed awwal dan ana bertungkus-lumus berusaha mendapatkan artikel ini di musalla surau kami.. Hasilnya, alhamdulillah..masing-masing menyimpan copy artikel ini..Uniknya syaheed awwal ni, perkara yang tidak mungkin kadangkala bisa menjadi mungkin... =)


Petikan kata2 ini, disampaikan oleh Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardhawi ketika menjawab pertanyaan anak muridnya yang bimbangkan keselamatannya kerana beliau lantang mengkritik dan mengeluarkan pandangan tentang Amerika terutamanya selepas serangan amerika dan penaklukan kuasa besar itu ke atas Iraq...:


Sesungguhnya Amerika bukanlah tuhan. Mereka mahu menguasai alam tetapi mereka bukanlah tuhan. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan melaksanakan undang2 mengikut kemahuan mereka, bahkan tiada halangan dalam pelaksanaanya. Tetapi tidaklah bilamana amerika mengatakan sesuatu, maka ia wajib terjadi melainkan Allah mengizinkannya. Amerika juga adalah manusia di kalangan manusia dan makhluk dikalangan makhluk Allah. Kalaulah Allah mahu menimpakan ke atas mereka sedikit kegoncangan atau kehancuran nescaya mereka tidak akan mampu melakukan sesuatu pun.


Sesungguhnya kita adalah orang2 islam yang beriman atas nama tuhan yang maha berkuasa. Dialah yang mentadbir alam ini. Samada berlaku atau tidak sesuatu ia adalah bergantung pada kehendakNya. Oleh itu,janganlah kita takut. Umur kita telah ditentukan. Rezeki kita telah pun ditetapkan. Tiada sesiapapun yang mampu melambatkan walaupun sesaat.

Apapun yang mampu dilakukan oleh amerika adalah menakut-nakutkan sebelum membunuhku. Adakah ini menakutkan ? Demi Allah ini sedikitpun tidak menjatuhkan dan menakutkan aku. Kalaulah perkara ini berlaku maka tercapailah cita-citaku yang aku minta setiap kali dalam sujudku dan doaku diwaktu sahur supaya menjadikan akhir kehidupanku syahid di jalan Allah dan mengharapkan keredhaanNya. Biarlah ia menjadi pengakhir hayatku, balasan terhadap dosa-dosaku dan pemberat kepada timbanganku.


Adakah disana usaha yang lebih besar daripada hidupnya seorang manusia itu dalam keadaan berdosa dan mati syahid? Adakah aku lebih mulia daripada syuhada yang kita dengar khabar mereka gugur syahid di jalan Allah kerana orang2 israel. Hari ini, 5 orang telah gugur syahid, adakah aku lebih mulia dari mereka? Adakah aku lebih mulia daripada Solahsyuhadah, Abu Ali Mustofa, Fathi Syaqoqi, Yahya Bin Isa dan lain-lainnya? Adakah aku lebih tinggi daripada para syuhada yang gugur di jalan Allah seperti As-syahid Hassan Al-Banna, As-syahid Syed Qutb, As-syahid Ahmad Bila, As-syahid Faisal Bin Abd.Aziz dan As-syahid Abdullah Azzam? Tidak akan hilang orang yang mati syahid di jalan Allah.....


Demi Allah,ini sedikitpun tidak menggetarkan aku. Aku mendengar Khutbah Imam Hassan Al-Banna dihadapan ribuan manusia yang berkumpul dimuktamar kerana ingin menghalau puak Inggeris dari Sudan dan Mesir. Bersama dikala itu, Syeikh Yaqbi Al-Jamahir dan menggesa para hadirin dengan mengatakan.." Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kepadaku kehidupan dan kematian yang baik... Apakah kematian yang baik? Adakah kamu menyangka, kematian yang baik itu adalah tatkala matinya manusia di atas tilam, di sisi kaum keluarga tersayang ?..semua manusia boleh mati sedemikian. Malah, yang dikatakan kematian yang baik itu, adalah saat tanggalnya kepala dari jasad kerana memperjuangkan agama Allah..." Kemudian bertempiklah Syeikh Al-Jamahir dihadapan pada hadirin sambil menlaungkan takbir. Apa yang berlaku selepas itu, Allah mematikan Syeikh Al-Jamahir dengan cita-cita yang diharapkannya dan tertunailah doa yang dipintanya sebelum ini.

Aku memohon kepada Allah swt, mudah-mudahan aku menjejaki langkah guruku sebagai syahid di jalan Allah. Aku tidak takut akan kematian wahai saudara-saudaraku..... [Dr.Yusuf Qardhawi]

Semoga Allah melindungi pejuang2-Nya..mengurniakan setiap zaman, wakil2 tenteraNya yang gagah dan berani..dalam menentang arus kekufuran...

1 comment:

Anonymous said...

salam nis.tertarik sangat dengan artikel ini. Mabruk ila ant !

mungkin ana juga perlu print out n letakkan di musalla kolej ana juga nie